In an old city, full of dust. And lust

Tadi

Hujan lebat. Aku teringat kamu.

Takut.

Kan?

Terima kaseh

Untuk bekas peneman hati,
terima kasih untuk semuanya.
terima kasih atas gelak ketawa dahulu,
terima kasih untuk setiap titis air mata yang kita kongsi bersama (for every tear drop fall, my hearts crushed)
terima kasih bagi kau yang tak pernah jemu duduk di sebelah aku.
terima kasih untuk setiap suapan makanan kau ke mulut aku, sampai aku tercekik sebab banyak sangat kau kasi. macam pakai senduk.
terima kasih kerana sudi menyambut aku waktu aku jatuh,
terima kasih atas segala pujuk rayu dan belaian manjamu. (cuba baca manjamu banyak kali, dengar macam makan jamu. macam man jambu pun ada. try lah. try lahTRY LAH!)
terima kasih atas kesabaran kau melayan karenah aku dahulu (oh, jangan kau risau. tangan aku yang kau karate sampai patah dulu dah sembuh. terima kasih Bio Aura!)
terima kasih untuk tiap helai surat yang kau titipkan untukku (yang tak pernah kau hantar, tapi kita andaikan sajalah kau hantar. baru nampak dramatik sikit. boleh?)
thank you, mantan sayang.

memori (i)

Sekeliling aku gelap dan mengelirukan. Aku tengok sekaliling; timur, selatan, barat, tenggara. Semacam tiada jalan keluar. Aku dalam labyrinth. Terperangkap dalam ruang hati. Bukan hati aku.

Aku sesat, tetapi aku suka.

Ya, aku suka kau.

230910

She sit, idly

Seperti patung. Cuma jari halusnya bergerak laju; menguncup satu demi satu. Please, let me go – mulutnya terkumat-kamit, lemah. Sambil beberapa titis air mata segar dihasilkan bagi menambah mod sedih.

Tragik.

Selang tiga blok dari situ riuh dengan sorak sorai bak pesta, diselangi dengan suara yang lepas melalui corong suara, UNDILAH PARTI BAK KUT TEH!

ketiem

*ting*ting*
*melur*
*melur*

Mata Glenn terbuka laju. Terkejut. Mukanya terus disorong ke arah tingkap. Di hujung bukaan kekisi tingkap, sayup kelihatan garis-garis blok konkrit dengan diarca dengan tulisan roman, satu perkataan.

Matanya bulat meneliti.

Haih. Terlepas lagi Jasmin. Bukan senang nak lalu stesen tu.

We Share The Same Stars Tonight

the oracles of light

an symphony in sight

transform herself into the Aurora Borealis

let down her maple hair

we share the same stars tonight

via Poetry is Peace of Mind

Di dalam kamar itu

Kita baring bersama, senyap. Malam itu dingin diiringi orkestra gerimis gelap pekat dari luar.  Kau kata – This is why we can’t sleep together, on the same bed. We just won’t sleep. We’ll just stare at each.

Trust me.

Sambil jari kita mula sebati, I know, aku berbisik.

:)


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.